tolong epol kumpul duit~

27 Ogos 2010

Pengurus Penajaan Program TBBE'10

Sewaktu epol menghadiri meeting di KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)

Seperti yang epol janjikan seblum nie, epol nak share dgn korang apa yang telah epol buat sewaktu cuti semester lepas. Untuk pengetahuan semua, epol telah mengikuti satu program yg diberi nama "Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010 (TBBE'10)". Program ini mendapat tajaan daripada badan2 kerajaan dan juga swasta. Sebelum program nie dijalankan, epol telah ditugaskan sebagai Pengurus Taktikal Penajaan. So sekarang epol just nak share sedikit apa tugas2 epol sebagai pengurus taktikal penajaan....yeLaaaa manaLaa tahu nanti2 korang pulak dapat jawatan macam epol nie so korang boleh pulak buat rujukan.....hehehee
----------------------------------------------------------------------------------------------
Rentetan tugasan sebagai Pengurus Taktikal Penajaan bermula sejak awal lagi. Unit ini adalah antara unit-unit yang terawal ditubuhkan dalam Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010 (TBBE 2010). Peranan utama unit ini ialah mengurus setiap perancangan berkenaan syarikat-syarikat yang mempunyai potensi untuk menaja program Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010 (TBBE 2010). Oleh yang demikian, segala perancangan akan diagihkan kepada Strategi Penajaan untuk menyiapkan prospektus penajaan untuk diberikan kepada semua syarikat-syarikat berpotensi ini. Tambahan pula, prospektus ini penting untuk menyakinkan pihak syarikat berkenaan untuk menaja program ini dengan jayanya.
Di samping itu, Pengurus Penajaan akan mengagihkan tugasan ini kepada Penajaan Luaran dan Penajaan Dalaman untuk tindakan seterusnya. Untuk pengetahuan semua, unit penajaan adalah unit pertama yang menjalankan mesyuarat iaitu pada awal bulan januari untuk mengagihkan syarikat-syarikat berpotensi ini kepada ahli lain untuk tindakan mendapatkan alamat daripada internet atau daripada laporan lengkap Biodiesel Expedition 2009 dan menelefon syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklum balas penajaan.
Selepas mendapat persetujuan daripada syarikat berkenaan, unit kami akan mengambil langkah seterusnya dengan menghantarkan kertas kerja dan prospektus kepada syarikat berkenaan untuk menarik minat mereka menaja program kami ini. Lebih daripada 300 syarikat telah berjaya dicari untuk mendapatkan penajaan. Namun, hanya 17 syarikat sahaja yang telah menaja program ini dengan nilai RM 85,000.00.

Tiada ulasan: