tolong epol kumpul duit~

28 Ogos 2010

Episod 1- Lestari Bario dalam ingatanku (SEBELUM PROGRAM)!!!


Logo program "LESTARI BARIO 2009"

Wooowww today is such a wonderful day in my life…m00d epol pon baik sangat2, korang mcm mana pulak??? So hari nie epol nak mengarang lebih sikit supaya korang lebih mengenali epol. Epol ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman yang epol tidak akan lupakan sampai bila2 dalam hidup epol iaitu sewaktu epol mula2 bergelar sebagai mahasiswa UTM.

Kisahnya bermula ketika cuti semester 2009. Sedikit bangga dengan diri sendiri kerana buat pertama kali dalam sejarah hidup epol, epol berjaya dipilih untuk mengemudi (PENGARAH PROGRAM) satu program “LESTARI BARIO” di Bario, Sarawak ketika epol masih mentah (freshie UTM on that time) tanpa sebarang pengetahuan mengenai program2 besar seperti ini. Program ini telah mendapat sokongan penuh daripada syarikat kegemaran epol iaitu MAS Airlines Berhad yang mana pada masa itu, Dato Idris Jala selaku CEO MAS Airlines Berhad.

Untuk pengetahuan semua, Lestari Bario merupakan satu projek charity dan transfer technology dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Bario, iaitu pedalaman Sarawak 16-22 Jun 2009. Di bawah kepimpinan Naib Canselor UTM yang baru, setiap program yang dijalankan wajib menekankan objektif untuk memberi kesan teknologi kepada masyarakat setempat dan juga mengangkat nama UTM selaku university yg terunggul
Idea ini datang daripada epol sendiri tetapi telah diolah oleh pengetua kolej kediaman mahasiswa kesayangan epol untuk memberi impak yang lebih besar kepada UTM. Selepas berbincang dengan semua pihak, pihak epol telah memilih Bario bagi melaksanakan misi kami.

Mengapa Bario??? Bario merupakan satu tempat di pedalaman Sarawak yang mana kurang dikenali di Malaysia hinggakan dalam peta Malaysia pon kita tak dapat mengetahui lokasi sebenarnya tetapi Bario sangat dikenali diluar negara kerana Bario telah dikenali sebagai pengeluar beras high premium yang dikenali sebagai 'Beras Bario' dan berasnya dieksport ke luar negara. Oleh itu, selepas bermesyuarat selama seminggu, kami bersetuju memilih Bario kerana Bario adalah calon yang sesuai yang memenuhi kriteria itu. Pendekatan yang telah diambik daripada pihak kami (UTM) adalah memperkenalkan dan mempromosikan produk UTM iaitu 'Efektif Mikroorganisme’ atau umum dikenali sebagai 'EM dalam bidang pertanian. Melalui bidang bioteknologi, EM telah banyak digunakan untuk meningkatkan produktiviti pertanian, untuk meminimumkan serangan hama, untuk menukar sisa organik untuk baja hayati premium grade, dan untuk mengatasi masalah malodours dan leacheate di Landfill.

FYI, epol dan AJK pelaksana memerlukan masa selama 4 bulan untuk persiapan program ini. Bulan pertama dan kedua, kami telah bertungkus lumus mendapatkan penajaan daripada banyak syarikat termasuklah MAS Airlines. Alhamdulillah, epol dan yang lain berjaya mendapatkan penajaan daripada MAS Airlines Berhad sebanyak RM40,000 dan juga daripada beberapa syarikat yang lain. Jutaan terima kasih juga epol ucapkan kepada pihak UTM kerana smemberikan 100% sokongan kepada pihak epol. Seminggu sebelum program adalah waktu yang amat2 genting kepada pihak epol kerana banyak benda yang harus disiapkan dan mesti dipelajri sebelum ke Bario. Seminggu sebelum program, epol telah mengarahkan kesemua AJK pelaksana untuk kembali semula ke kampus walaupun mereka masih dalam mood bercuti. Antara tugasan akhir kami sebelum kesana ialah mendapatkan tiket penerbangan dan menyelesaikan dokumen-dokumen, pembungkusan barang dan beberapa ahli yang lain sibuk berlatih tari tradisional Johor iaitu tarian Zapin Putar Alam dengan cikgu kami, Kak Pesok. Tarian itu telah dipersembahkan sewaktu Cultural Night di Rumah Panjang Bario Asal. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar selama minggu terakhir persiapan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak MAS kerana telah menaja tiket penerbangan kami pergi-balik untuk 20 orang yang mengikuti program ini. Perjalanan epol dan yang lain bermula pada tarikh 15 Jun 2009.

Kalau nak lebih info, pegi jer ke...sini n sini

Nantikan sambungan (episode 2)- Semasa program
"LESTARI BARIO"

Tiada ulasan: