tolong epol kumpul duit~

28 Ogos 2010

Episode 1: Pengalaman sebagai Pengurus Pemasaran TBBE’10 di Pontianak, Indonesia

Kalau sebelum nie epol penah citekan kat semua yg epol penah pegang jawatan as Pengurus Penajaan Program TBBE'10...tapi tu sebelum program start tapi semasa program tu di jalankan, epol terus bertukar status menjadi Pengurus Pemasaran. Maklumla pengarah program nie dan org2 ckp yg epol nie banyak cakap...cakap tak penah nak brehenti so apa lagi terus di berikan tugasan untuk bercakap jer setiap kali ada presentation di Indonesia, Brunei dan juga di Sabah dan Sarawak. So mari ikuti cite epol nie tapi untuk hari nie epol just nak citekan pengalaman epol sewaktu di indonesia. Yang lain tu, epol akan sampaikan nanti ek............................
...............................................................................................................

Unit Pengurus Pemasaran ini telah di tubuhkan pada 28/04/2010 iaitu sebelum Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010 (TBBE 2010) bermula. Di awal pembentukannya, unit ini akan memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara semua yang terlibat dalam ekspedisi ini, mengurus setiap majlis-majlis yang akan berlansung di setiap destinasi persinggahan untuk program ini disamping, pembentangan khusus berkaitan dengan ekspedisi dan biodiesel. Mengikut perancangan awal, unit akan terlibat secara lansung di Universitas Tanjungpura (UNTAN), Curtin University of Technology, Majlis “Setulus Kasih Buatmu Sibu” (SEKABUS) dan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Namun pembabitan khusus tugas sebagai Pengurus Pemasaran bermula semasa program Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010.

Pembabitan awal selaku pengurus pemasaran bermula pada 04/05/2010, apabila unit ini ditugaskan untuk menjadi sebagai pengerusi majlis bagi Majlis Perasmian TBBE 2010 dan Penyerahan Bas Kolej Komuniti kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia(UTM) di Kolej Komuniti Kuching (KKK). Sebelum majlis ini bermula, terdapat kekangan yang terpaksa diselesaikan oleh pihak UTM dan pihak KKK kerana pihak atasan KKK ingin menggunakan khidmat pengerusi majlisnya, Puan Yanie manakala pihak pensyarah Kolej Komuniti Kuching pula mahu menggunakan pengacara majlis UTM kerana pihak mereka memberitahu ini adalah program mahasiswa UTM untuk Kolej Komuniti Kuching . Apapun masalah ini berjaya diatasi apabila pihak UTM dan KKK mencapai persetujuan untuk bergabung menggunakan pengerusi majlis masing-masing. Majlis ini berlansung dengan jayanya apabila YB Dr. Abang Hj.Abdul Rauf Bin Abang Hj. Zen, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis perasmiaan dan penyerahan bas kolej komuniti. Majlis ini juga turut mendapat amanat semangat daripada pihak Pengarah Kolej Komuniti Kuching Tuan Hj. Khamis Bin Mahdi untuk mahasiswa UTM supaya bersemangat menjayakan ekspedisi ini dengan jayanya. Di samping itu, majlis ini semakin meriah dengan kata-kata aluan daripada Prof. Madya Dr. Firdausi bin Razali selaku Ketua Ekspedisi Trans-Borneo Biodiesel Expedition 2010 pada kali ini. Majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat liputan daripada para wartawan dari Borneo Post.

Pada 05/05/2010 tugas sebagai Pengurus Pemasaran semakin rancak apabila rombangan ekspedisi tiba di Universitas Tanjungpura (UNTAN), Pontianak. Hal ini kerana, unit ini mestilah memainkan peranan untuk merapatkan hubungan persahabatan di antara staf-staf UTM dan Universitas Tanjungpura dan juga mahasiswanya. Kesukaran untuk memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi mahasiswa UNTAN telah menjadi faktor kepada kelewatan dalam perhubungan sosial ini. Namun bak kata orang “bahasa jiwa bangsa”, selagi mahu mengenali diri masing-masing dan orang lain, kita haruslah mempelajari seba sedikit bahasanya. Atas dasar itu, staf-staf dan mahasiswa dari UNTAN dan UTM cepat menyesuaikan diri di antara satu sama lain. Senario seperti inilah yang di inginkan oleh ketua ekspedisi TBBE 2010, Prof.Madya. Dr Firdausi Bin Razali yang mana “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Beliau menegaskan bahawa mahu melihat dua buah negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia bersama-sama menjayakan ekspedisi ini. Selain itu, tugas unit ini juga tidak terhenti di situ saja, malah unit ini juga telah diberikan tugasan untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor kepada dif-dif jemputan daripada UNTAN di Rektorat Universitas Tanjungpura Pontianak bagi malam “ Culture Night”. Majlis ini dinamakan “Culture Night Event” oleh pihak UNTAN kerana terdapat pertukaran budaya serumpun melayu oleh Malaysia dan Indonesia yang mana di ketengahkan di rektorat itu. Seperti lazimnya, Mahasiswa daripada UTM telah mempersembahkan Tarian Zaapin Johor yang sentiasa di tarikan di Istana Johor dan majlis-majlis beradab di Malaysia manakala mahasiswa UNTAN telah mempersembahkan Tarian Joget Melayu dan menyanyikan lagu-lagu daerah di Indonesia. Majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan dalam TBBE 2010.

Bersambung..........................

Tiada ulasan: