tolong epol kumpul duit~

28 Ogos 2010

Kau ilhamku...






Salam kepada semua….
Hari nie epol nak bercerita lagi tp kali ni pasal family epol lak. FYI, epol nie orang Kelantan tegar bak kata kawan2 epol tapi kurang fasih berbahasa Kelantan sangat. Yer la dari dulu lagi sekolah kat Melaka dan sekarang belajar di Johor pulak. So time2 cuti panjang jer dapat jumpa keluarga epol kat sana. Tu pun kalau epol tak busy dengan program la, kalau x haramlaaa nak balik rumahkannnn.

Okey, tu baru mukaddimmah….hehehe

Sekarang epol akan terangkan satu persatu pasal family epol skrng. Ayah epol nie kacukan india dan mak epol pulak campuran siam. Ayah epol nie kerja biasa2 jer, juz buat kerja2 kampung dan mak epol lak suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, epol bersyukur sangat2 bersyukur kerna dikurniakan parents yang seperti mereka sekarang sebab diorang sangat2 menyayangi kami dan telah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang even kami nie sederhana jer Bagi epol mereka adalah segalanya buat ku kerna kaulah ilhamku selagi ku masih bernafas di dunia ini.
Then, tup…tup…tup…dapat la kakak epol yang pertama. Kakak epol nie sangat kelakar, peramah mana taknyer hampir semua kawan epol nie nak kenal, then kalau dah kenal…kawan epol tu lagi rapat dengan dier compare to me. Kelakar2 dier pon ada juga time die garang especially time epol kecil2 dulu, teringat sangat2 kalau epol tanya jer soalan2 homework kat dier…wajib dier ajar kita tapi dengan garang dan tegas…epol respect sangat2 kat dier sebab dia garang la epol dapat berdiri sama tinggi dengan orang lain sekarang. But now dia dah pandai kawal segala emosi tetapi tetap tegas okey dengan anak2 dier. Sudah bekerja dan dah berkahwin dengan anggota Polis dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, yang sulung laki2 dan yg bongsu pompuan. Anak sedare epol yg sulung bernama Luqman Hakim, 4 tahun dan yang pompuan lak bernama Nur Fatin Fatni, 2tahun. Tu cite pasal kakak epol.

Oh yaaa sebelum tu lupa lak nak beritahu korang, epol nie tak ramai adik-beradik, juz 3 orang jer. Seorang kakak, epol dan adik lelaki. Then yang kedua of course me. Sekarang sedang belajar di UTM Johor dalam chemical engineering dan epol nie seorang yg low profile jer…. “biasa2 jer”…hahahax3 Kalau korang nak tahu gak pasal epol nie, korang juz baca jer info pasal epol kat sebelah. Kalau tak cukup gak, korang boleh add epol di YM…. rohaipol@yahoo.com nanti kita boleh chit-chat dan berkenalankan. Seterusnya pasal adik bongsu epol yang pelik nie. Dier sangat macho (in my opinion la), dah ada ciri-ciri seorang ayah yg mithali dan sangat baik dengan epol. Sekarang nie dier sedang belajar di Uitm dalam bidang Kimia Industri. Sangat suka menyanyi dan pandai menulis lirik dan dah buat banyak lagu tapi hanya satu lagu jer yg baru dirakam di studio iaitu “Warkah Terakhir dariku”. Nak dengar x???? Insyaallah sesaper yang follow blog epol nanti, dapatla dengar lagu dier.

Okey la…tu serba sedikit mengenai family epol dan epol harap korang semua terhibur dengan hidangan yang biasa2 dari epol. Bagi epol, family adalah segala-galanya buat epol dan epol telah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi anak yang patuh kepada parents dan menjadi anak yang mampu mengangkat martabat keluarga epol ketempat yang lebih tinggi. Insyaallah dan doakan epol dan keluarga ya.

Tiada ulasan: