tolong epol kumpul duit~

31 Ogos 2010

Episode 3: Ekspedisi berakhir di Sabah

Sambungan daripada episode; Ekspedisi TBBE’10 memasuki Negeri Sarawak, Malaysia...

Tugasan terakhir untuk unit ini ialah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu pada 11/05/2010. Di UMS, unit ini telah ditugaskan untuk mempersembahkan sekali lagi Tarian Zapin Johor manakala mahasiswa UNTAN pula mempersembahkan Tarian Joget Melayu. Sebelum upacara pembukaan dan persembahan kebudayaan itu diadakan, rombongan ekspedisi yang telah menginap disini telah di bawa melawat di sekitar UMS. Disana kami telah di bawa ke Akuarium dan Muzium Marin (Institut Penyelidikan Marin Borneo) yang bersebelahan dengan pantai di UMS. Kemudian, pada pukul 10.00 pagi, majlis bermula dengan kata-kata amanat daripada Dr. Firdausi, di susuli oleh Dr. Mohd Azizi, pensyarah daripada UTM selaku wakil kepada penaja TBBE 2010 dan di akhiri oleh Cik Rachel. Rombongan ekspedisi pada kali ini sungguh beruntung kerana dapat mendengar pembentangan kertas kerja berkaitan dengan biodiesel oleh Prof. Dr. Ravindra, Pensyarah Sekolah Kejuruteraan UMS. Kemuncak bagi majlis di UMS ini ialah, persembahan daripada mahasiswa UTM dan UNTAN yang diberi peluang terakhir untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor dan Joget Melayu, di samping dendangan lagu-lagu daaerah yang terdapat di Indonesia untuk santapan warga UMS.


---------------------------Ekspedisi Tamat---------------------------

Episod 2- Lestari Bario dalam ingatanku (Semasa Program BHG: 1)

Sambungan daripada Episod 1- Lestari Bario dalam ingatanku (SEBELUM PROGRAM)

Perjalanan epol dan kwn2 yg lain bermula pada 15 Jun 2009 dgn penerbangan pada jam 12:30 tengahari dari Lpg Terbang Antarabangsa Senai ke Kuching. So kami berangkat la 2 jam awal dari UTM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi check-in bagasi, breakfast dan of course pose2 dulu before naik pesawat. Almost kwn2 epol yg join that program teruja giler sebab tu la pertama kali diorg menaiki pesawat dan ke Sarawak. Alhamdulillah segala bagasi dan sekatan Imigresan berjaya ktorg harungi. SoooOOooo I’m coming Sarawak….

Then dalam pukul 1.45 tghari, epol dan yg lain telah sampai di Lpg Trbng Kuching tetapi tu bukanla destinasi ktorg. Ktorg terpaksa transit dulu di Kuching sebelum menaiki pesawat lain sekali lagi untuk ke Miri, bandaraya yg kaya dgn sumber petroleum. Untuk pengetahuan semua, Bario hanya boleh dilalui melalui 2 cara iaitu menaiki MASWing, Twin-Otter dari Bandaraya Miri atau melalui jalan darat (jalan hasil pembalakan) yg mana juga melalui Miri. Ktorg terpaksa menunggu kebih kurang 2 jam di Kuching sebelum ke Miri disebabkan oleh kerosakan enjin pd pesawat tersebut. Namun penat lelah ktorg di Kuching terbayar dgn masakan2 enak oleh ibu bapa Radhiah, salah sorg peserta yg mengikuti program itu. Masakan bapanya, ya Allah sangat sedap hingga menjilat jari. Menunya nampak ringkas, “ayam masak tauhu, udang goreng berempah, sayur2 dan buah pisang” sahaja tp sungguh mahsyuk…..sedaaaaaaaaaapppp…!!!!

Then, lepas jer selesai makan dan solat di lpg trbng Kuching, kami pun meneruskan lagi perjlnan kitorg dgn menaniki penerbangan ke Miri. Perjalanan itu mengambil masa selama 1 jam. Sangat memenatkan tp menyeronokkan kerana dpt melihat berbagai gelagat di dalam pesawat itu. Makanan yg disediakan oleh pihak penerbangan juga sangat sedap. Mana taknya, even baru jer lepas makankan tp semua nak try western food yg disediakan oleh anak kapal ketika itu, ada spaghetti dan ada pulak ikan Solomon masam manis….sedapppp. TupTupTup…Alhamdulillah, sekali lagi kami semua selamat sampai dan kali ini bandaraya Miri pulak.

Di Miri kami telah dijemput oleh peserta kami (ajk logistik) yg berasal dari Miri dgn menaiki bas sekolah yg disewa khas untuk sepanjang program ini dijalankan. Uncle cina (sorry sebab tak berapa ingat nama dier) tu sangat2 peramah dan banyak mulut mcm epol gak so it is sangat memudahkan keje2 epol utk komunikasi dgn dier. Uncle telah membawa kami ke hotel utk check in (nakkk tidoooo sangat2 time tu….;p) before kami memulakan perjalanan ke Bario pd sebelah pagi esok menaiki Twin-Otter di Lpg Trbng Antarabangsa Miri. Penerbangan pagi tu dijadualkan pada pukul 8.00 pagi. So now waktu utk epol tidoooOoo before memulakan perjalanan esok pagi tp sebelum tu makan dulu yaaa di restoran berdekatan. Of course la kalau epol dtg jer Sarawak mesti nak order Mee Kolok dgn Laksa Sarawak….masyukkk sehhh.

Geram tapi happy…

haaa...geraaammmm!!!! mcm nier la epol time geram sangat kat budak tu....


Owh geram sangat2 hari nie kat sorg budak nie…last week janji lain tp this week janji lain pulak. Alkisah la last week ktorg plan nak bukak pose sesame di Steamboat & Grilled di Mount Austin. So die ckp kita akan pegi berlima jer (sebuah kete n semua lelaki) pd 30hb/08 nie…tup2 hari yg ditunggu tu menjelang la. Dengan perasaan tak bersalah dan segan silu dier call epol lebih kurang pukul 6 ptg mcm tu n cakap “epol, ktorg naik sebuah kete 5 org laki2 n epol naik dgn pompuan ek”….motif sangat2 nak reject2 epol kannn…..dier ingat epol nie pompuan la sebab epol nie jenis banyak mulut kannn….motif!!! epol apa lagi naik angin la dgn budak tu n terus call sorg kwn baik nie (Datin) n pegi jer dgn datin kat sana. Motif kannn…nasib baik la epol nie jenis cepat okey kan so sampai jer kat tempat sana dier mintak maaf la dgn epol. But b4 epol maafkan die, sempat la epol kluarkan kata2 hikmat epol….sori ek xbole nak share2 sebab lucah sangat….hehehe. Then epol pon maafkan la dier tp epol warn la kat die supaya lain kali jgn buat lagi especially pd org lain. Pada epol ko nak buat mcm tu okey fine masih boleh tp kat org lain ko jgn nak buat pulak ek.

Tu yg geram2 and now yg happy lak.
Disebalik rase geram yg sangat2, ada juga rasa happy but of course la dgn datin.

mcm nie la epol time happy2 tu...sampai ke telinga k epol senyum~~~mampu

Datin nie mmg seorg yg memahami apa yg org lain rase. Dier tahu epol tgh geram2 so lepas jer makan stemboat, datin bawak epol shopping2 di JJ Tebrau and karaoke….best sangat2, datin sangat baik….

30 Ogos 2010

Merdekaaaa....

Jalur Gemilangku

Tanggal 31hb Ogos merupakan tarikh keramat bagi negaraku tercinta, Malaysia sebab tarikh nie telah membawa tuah kepada jutaan penduduk Malaysia yg berbilang kaum, bangsa dan agama yg mampu hidup sebumbung di bawah payungan YDP Agong tanpa sebarang perbalahan, persengketaa dan peperangan seperti negara2 lain di dunia skrng.... Seperti tarikh lahir kita juga, tarikh 31hb Ogos sering dinanti-nantikan oleh penduduk Malaysia bagi meraikan tarikh lahir sebenar Malaysia dan dgn tarikh inilah kita semua dapat berbangga kerana Malaysia telah MERDEKA atau bebas daripada pengaruh dan anasir luar.

Antara tunggak utama negara kita yg berjuang habis2an utk keselesaan kita semua

Dengan tampuk PM yg baru (PM ke-6 okey), kita harusla sedar wacana yg disampaikan "1 Malaysia" bagi membentuk satu masyarakat Malaysia yg aman harmoni sebelum negara kita mencapai Wawasan 2020 dan status negara maju. So sebagai waris kepimpinan yg seterusnya, kita mestilah menyahut seruan ayahanda dan bonda kita sekarang bagi menggalas tanggungjawab yg seterusnya kelak. Semoga kita semua dapat merealisasikannya bersama.........Anda semua mampu...;p

Tolong Facebook...

zaman epol yg suka makan2 kat Uncle John Cafe

Since facebook cannot longer support the profile boxes, so epol take this chance to copy jer that info so that epol dapat ingat bende2 menarik itu… so let’s dooooOOooo it.

1. Maksud disebalik nama;

epol azami
"Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat sekali dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu."

E : ..memiliki mata yang cantik
P : ..popular dengan semua jenis orang
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
L : ..pemberi ciuman yang bagus

2. Epol nie jenis yg macAm mane


Seorang Sanguinis yang spontan, lincah, dan periang

...tu jer yg ada kat tepi facebook epol, so cuma tu jer la yg epol copy...hehehehe

Nak buat surprise tapi….

first2 tu epol nak buat surprise la kat dier tp...
nie la best frens epol yg ikut celebrate besday shah
Hari nie dah 29hb/8/2010 so that‘s mean esok 29hb/08 adalah besday best frenz epol, shah. Mula2 tu ktorg tak rancang apa2 pon sebab ingatkan nanti lepas raya baru nak celebratekan tp on that time kebetulan pulak si Dell nie muncul (kwn ktorg yg rumahnya sejengkal jer dgn UTM) dan ajak epol dan shah pegi masak kat rumah dier untuk buka puase sama2. So dalam pukul 6 ptg mcm tu, shah dan epol pon pegi la ambik Dell and of course si Syazaaaa kat blok diorg di KTC…..untuk ke rumah Dell (ada 2buah kete yg join tp ktorg pegi dulu sebab pompuan2 yg lain tu nak makeup2 dulu la…biasa la kan pompuan) …hehehe. Kebetulan la jugak hari tu ntah kenapa la epol nie mamai sangat…maybe letih giler kot sebab kene perah otak utk jawab soklan2 “POP KUIZ KEMERDEKAAN” di sebelah paginya…tempat ketiga k even no preparation…..jgn marah. Then dalam 10 minit gitu, kami pon sampai la ke rumah Dell nie. Sampai2 jer kat sana, mula2 tu malu gak dgn mak si Dell nie tp mak dier sporting…apa lagi ehmmm lepas tu terus la epol n shah tanpa segan silu masuk dapur. Mula2 tu ingatkan nak tolong2 kopekkan bawang n sayur2an jer kan tapi lepas tu apa lagi teruslaaa nak lepaskan gian memasak yg dah lama berkubur di hati nie… hax3. Apa lagi, terusla epol tunjukkan skill2 masakkan Kelantan yg epol ada kat diorg…tergamam jugala diorg. Hehehehe…baru diorg tahu yg lelaki pon bias memasak k….bangggaaa yg terkawal…hax3.
chef2 kat umah Dell...yg pompuan tu la Dell n yg laki2 tu epol
FYI, menu ktorg hari tu…”Nuggets, Karipap, Sup Ayam, Sup Daging dan juga sambal ikan bilis masak berkicap”…resipi epol utk hari tu ialah Sambal ikan bilis berkicap manis ala2 kelantan dan sup ayam hasil gabungan Dell dan epol. Lepas tu dalam pukul 6.30 tu sebuah lagi kereta sampai…ada Dira, Azfar dan juga Yana…Syaza n Yana tu kwn baik and juga followers blog epol. Si syaza nie pulak byk sangat tolong mencantikkan blog epol hingga la mood untuk epol berblog muncul kembali…thanx to u yaa. Oppsss lupa lak nak cite epol n dell masak…syaza, dira dan azfar buat air milo cincau dan shah n yana beli ais. Tgh duk feeling2 masak kat dapur dgn dell, azan pon berbunyi la…nak kecoh la semua sebab sup ayam lom masak n ais pon tak sampai2 lagi. So apa lagi ktorg pon capai la makanan yg ada mcm kurma n nuggets tu buat alas perut before sup siap. Tu satu hal, yg satu lagi pulak…shah n yana pulak tak balik2 lagi pegi beli ais. Bimbang ktorg dgn diorg. Selang jer beberapa minit ktorg bergossip psl tutttt, diorg pon sampai tp sup ayam tu tak siap2 gak. Tension sangat2 so apa lagi epol pon makan jer la dulu nasi dgn sambal yg epol buat tu. Hinggala 7.40 gitu, baru la makan ramai dgn sup ayam versi Dell and Epol....Ya Allah sedap giler...hingga tak tahu nak explain mcm mane.
lepas ambik lauk sana...lauk sini..tu la yg penuh kat pinggan ktorg

Lepas jer siap berbuka, kemas dan solat di rumah Dell, ktorg (epol n syaza) first2 tu rancang nak celebrate besday shah secara senyap2 dgn yg lain tapi harapan tu terkecai k sebab si shah dah feeling2 cakap yg esok besday dier. Apa lagi tak mati kau dgr ayat tu. Kita nak buat surprise kat dier tp dier dah pecahkan rahsia tu so nak buat mcm mana lg kan....takper2 la lain kali ktorg akan ambush dier habis2an. Lepas jer ktorg semua dah tahu pasal tu apa lagi korg, ktorg pon keluarkan segala brg kat rumah Dell utk buat Kek Marble Versi Dell.
posing dulu kan b4 buat kek Marble versi Dell
Masyukk k...sedap giler.Tapi perkara yg paling sedih, ktorg terpaksa tunggu kek tu siap lebih kurang 2 jam k....mampu korg buat kek mcm tu tp yg happynya sambil tunggu2 tu ktorg ada la bljr bahasa kemboja dgn maid si Dell, noraiyah namanya n muda sangat.
posing lagi tp di tepi tasik UTM lak
nie la kek yg ktorg buat, lepas bahagi2 kat kluarga Dell

Lepas jer kek tu siap apa lagi, ktorg pon kemas2 barang kat rumah Dell and terus pergi ke Tasik UTM dalam pukul 12 tgh mlm utk celebrate besday shah...hahaahh dier dah tua skrng (uweeekkkk).... Then ada mcm2 adegan la yg berlaku time tu dgn scene kejar-mengejar mcm filem2 bollywood la, melompat2 la n ada jugak yg feeling pose cantik kat depan kamera kan.... celebration mlm tu sangat2 best n bende tu tak brehenti kat situ tau ada next episode lak daripada syaza n the geng.
lepas adegan kejar2 tu...mcm hari tu besday epol pulak sebab epol yg kene paling byk aising
dira, bdk paling penakut mlm tu....motif nak takut2
Lepas jeer celebrate besday, ktorg pergi pulak dgn gigih mencari pemetik api utk main bungaaaa api yg azfar beli kat bazar pulAI. Mcm budak2 semua main bunga api n epol pon sama gak....hahaha....biasalaa jarang2 skali dpt main bunga api di UTM...
azfar dgn syaza...mcm bdk2 kan main bunga api...hehehe
epol pon join diorg gak....best sangt2
pose2 before main bunga api
yana dan syaza...
Apapun hari birthday shah n hope shah akn terus happy selalu dan sentiasa di redhai oleh Allah SWT serta segala impian kamu akan tercapai...Amin.


inila kami semua....i love u all dan epol akan terus menyayangi anda semua sampai bila2

Episode 2: Ekspedisi TBBE’10 memasuki Negeri Sarawak, Malaysia

Sambungan daripada episode; Pengalaman sebagai Pengurus Pemasaran TBBE’10 di Pontianak, Indonesia....


Di samping bersuka ria dan berpenat lelah dalam menjayakan ekspedisi ini, warga ekspedisi juga sempat menjengah ke Sibu bagi memyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban sebuah keluarga yang kini hanya tinggal sepasang suami isteri setelah kematian 4 orang anak mereka. Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya”. Justeru warga TBBE 2010 mengambil kesempatan ini bagi menjayakan satu majlis penyerahan sumbangan yang dinamakan “Setulus Kasih Buatmu Sibu” (SEKABUS). Dalam majlis ini, unit ini telah memainkan peranan dalam mengemudi majlis serba sederhana ini bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk melupakan kemalangan tragis yang melanda mereka. Untuk pengetahuan, “SEKABUS” adalah program khidmat masyarakat yang mana membantu meringankan beban Keluarga Encik Wong Yew Chung yang mana “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Beliau yang kini masih terkejut dengan peristiwa itu telah kehilangan kesemua 4 orang anaknya akibat pasir jerlus ketika mencari sesuap makanan. Sehubungan itu, majlis ini telah di adakan di Bangunan Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA), Sibu pada 07/05/2010 bagi menyerahkan sumbangan daripada pihak UTM dan pihak UCA kepada wakil keluarga mangsa, Encik Wong Yew Chung. Majlis yang diadakan dalam keadaan sederhana ini telah di rasmikan oleh Encik Ahmad Said bin Hj. Atoi, Timbalan Residen Sibu sambil didengari oleh Encik Sim Kok Kee, Residen Sibu, pengawai-pengawai UCA, dan peserta-peserta dari UTM dan UNTAN. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan supaya program-program seperti ini yang mana program yang dilakukan oleh mahasiswa universiti dapat diperbanyakkan dan menyarankan mahasiswa semua supaya berani kerana dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Majlis ini turut mendapat suntikan Residen Sibu yang sudi meluangkan masa bersama dalam memeriahkan majlis ini.

Ekspedisi ini telah diteruskan lagi dan kali ini rombangan telah bergerak ke Lambir untuk menginap di Rumah Panjang Jarek , Kampung Tunku Abdul Rahman. Ketika dalam perjalanan ke rumah panjang Jarek, unit ini telah mendapat arahan daripada ketua ekspedisi untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor. Oleh itu, unit ini telah mengambil langkah awal dengan mencadangkan supaya menggunakan satu pasangan penari sahaja supaya keadaan nampak kemas dan teratur. Setelah sampai di rumah panjang itu, kami telah sambut oleh Tuai Rumah Panjang dengan “Air Tuak” tanda selamat datang ke rumah berkenaan, namun bukan semua warga ekspedisi dapat meminumnya. Kemudian kami di bawa berarak di sepanjang rumah panjang itu untuk bersalaman tanda perkenalan dengan seluruh penghuni rumah panjang. Selesai saja upacara itu, Tuai Rumah Panjang Jarek telah menjemput wakil ekspedisi untuk memulakan ritual khas bagi menyambut tetamu yang hadir. Setelah selesai ritual itu, semua hadirin dan warga ekspedisi diminta untuk makan makanan tradisional Iban yang disediakan khusus oleh kaum“Inai” atau kaum ibu. Ketika sedang bersiap, unit ini mendapat arahan daripada ketua ekspedisi supaya membawakan tarian zapin Johor ini dengan tiga pasangan. Keadaan menjadi kelam kabut seketika sebelum unit ini mengambil kata putus dengan mengikut arahan daripada ketua ekspedisi. Disamping persembahan daripada mahasiswa UTM , ketua ekspedisi juga mahu mahasiswa UNTAN mempersembahkan tarian Joget Melayu supaya dapat mengimbangi persembahan yang disediakan oleh pihak rumah panjang Jarek. Sebelum persembahan daripada pihak UNTAN dan UTM, warga ekspedisi di hiburkan terlebih dahulu dengan warna-warni tarian suku kaum Iban yang sememangnya mengasyikkan dan penuh dengan lemah gemalainya. Kemudian persembahan daripada UNTAN menyusul dan disusuli oleh mahasiswa UTM. Selepas semua acara kebudayaan selesai, majlis di Rumah panjang Jarek ini diteruskan lagi dengan persembahan “Ngajat”. Selain “Ngajat”, penghuni di rumah panjang berkenaan tidak mahu melepaskan peluang dengan menari poco-poco dan ada juga berkaraoke. Unit ini tidak melepaskan peluang dengan menurut serta setiap aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah panjang itu, antaranya menari ngajat, menari poco-poco, berkaraoke dan merasa air tuak daripada rumah panjang ini. Majlis ini tamat kira-kira pukul 4 pagi.

Pada hari berikutnya, 08/05/2010, destinasi persinggahan ialah di Curtin University of Technology. Di awal ketibaan rombongan ekspedisi di Curtin University of Technology, kami telah di bawa ke bangunan pelajar untuk memulakan sesi pembentangan berkenaan Biodiesel di Dewan Kuliah di sana. Namun di saat-saat akhir Encik Freddy Panau, pensyarah yang bertanggungjawab membawa kami di sini telah membawa rombongan ekspedisi ke Bangunan pentadbiran kerana keadaan bilik sana lebih luas. Tugas pengurus pemasaran disini lebih mencabar pada awalnya kerana unit ini telah diberi peluang oleh ketua ekspedisi untuk membentangkan berkenaan TBBE 2010. Walaubagaimanapun, bilangan peserta dari Curtin University tidak menggalakkan. Oleh yang demikian, pembentangkan secara terperinci segala maklumat tentang ekspedisi ini dan berkaitan biodiesel hanya di lakukan kepada En.Freddy Panau dan rombongan ekspedisi sahaja. Untuk pengetahuan, pembentangan ini telah di adakan di Council Room Level 1 dan dibentangkan di depan Encik. Freddy Panau, Pensyarah statistik Curtin University of Technology. Selepas selesai sesi pembentangan, Encik Freddy Panau telah mempelawa rombongan untuk melawat di sekitar Curtin University of Technology.

Bersambung..........................