tolong epol kumpul duit~

30 Ogos 2010

Episode 2: Ekspedisi TBBE’10 memasuki Negeri Sarawak, Malaysia

Sambungan daripada episode; Pengalaman sebagai Pengurus Pemasaran TBBE’10 di Pontianak, Indonesia....


Di samping bersuka ria dan berpenat lelah dalam menjayakan ekspedisi ini, warga ekspedisi juga sempat menjengah ke Sibu bagi memyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban sebuah keluarga yang kini hanya tinggal sepasang suami isteri setelah kematian 4 orang anak mereka. Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya”. Justeru warga TBBE 2010 mengambil kesempatan ini bagi menjayakan satu majlis penyerahan sumbangan yang dinamakan “Setulus Kasih Buatmu Sibu” (SEKABUS). Dalam majlis ini, unit ini telah memainkan peranan dalam mengemudi majlis serba sederhana ini bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk melupakan kemalangan tragis yang melanda mereka. Untuk pengetahuan, “SEKABUS” adalah program khidmat masyarakat yang mana membantu meringankan beban Keluarga Encik Wong Yew Chung yang mana “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Beliau yang kini masih terkejut dengan peristiwa itu telah kehilangan kesemua 4 orang anaknya akibat pasir jerlus ketika mencari sesuap makanan. Sehubungan itu, majlis ini telah di adakan di Bangunan Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA), Sibu pada 07/05/2010 bagi menyerahkan sumbangan daripada pihak UTM dan pihak UCA kepada wakil keluarga mangsa, Encik Wong Yew Chung. Majlis yang diadakan dalam keadaan sederhana ini telah di rasmikan oleh Encik Ahmad Said bin Hj. Atoi, Timbalan Residen Sibu sambil didengari oleh Encik Sim Kok Kee, Residen Sibu, pengawai-pengawai UCA, dan peserta-peserta dari UTM dan UNTAN. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan supaya program-program seperti ini yang mana program yang dilakukan oleh mahasiswa universiti dapat diperbanyakkan dan menyarankan mahasiswa semua supaya berani kerana dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Majlis ini turut mendapat suntikan Residen Sibu yang sudi meluangkan masa bersama dalam memeriahkan majlis ini.

Ekspedisi ini telah diteruskan lagi dan kali ini rombangan telah bergerak ke Lambir untuk menginap di Rumah Panjang Jarek , Kampung Tunku Abdul Rahman. Ketika dalam perjalanan ke rumah panjang Jarek, unit ini telah mendapat arahan daripada ketua ekspedisi untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor. Oleh itu, unit ini telah mengambil langkah awal dengan mencadangkan supaya menggunakan satu pasangan penari sahaja supaya keadaan nampak kemas dan teratur. Setelah sampai di rumah panjang itu, kami telah sambut oleh Tuai Rumah Panjang dengan “Air Tuak” tanda selamat datang ke rumah berkenaan, namun bukan semua warga ekspedisi dapat meminumnya. Kemudian kami di bawa berarak di sepanjang rumah panjang itu untuk bersalaman tanda perkenalan dengan seluruh penghuni rumah panjang. Selesai saja upacara itu, Tuai Rumah Panjang Jarek telah menjemput wakil ekspedisi untuk memulakan ritual khas bagi menyambut tetamu yang hadir. Setelah selesai ritual itu, semua hadirin dan warga ekspedisi diminta untuk makan makanan tradisional Iban yang disediakan khusus oleh kaum“Inai” atau kaum ibu. Ketika sedang bersiap, unit ini mendapat arahan daripada ketua ekspedisi supaya membawakan tarian zapin Johor ini dengan tiga pasangan. Keadaan menjadi kelam kabut seketika sebelum unit ini mengambil kata putus dengan mengikut arahan daripada ketua ekspedisi. Disamping persembahan daripada mahasiswa UTM , ketua ekspedisi juga mahu mahasiswa UNTAN mempersembahkan tarian Joget Melayu supaya dapat mengimbangi persembahan yang disediakan oleh pihak rumah panjang Jarek. Sebelum persembahan daripada pihak UNTAN dan UTM, warga ekspedisi di hiburkan terlebih dahulu dengan warna-warni tarian suku kaum Iban yang sememangnya mengasyikkan dan penuh dengan lemah gemalainya. Kemudian persembahan daripada UNTAN menyusul dan disusuli oleh mahasiswa UTM. Selepas semua acara kebudayaan selesai, majlis di Rumah panjang Jarek ini diteruskan lagi dengan persembahan “Ngajat”. Selain “Ngajat”, penghuni di rumah panjang berkenaan tidak mahu melepaskan peluang dengan menari poco-poco dan ada juga berkaraoke. Unit ini tidak melepaskan peluang dengan menurut serta setiap aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah panjang itu, antaranya menari ngajat, menari poco-poco, berkaraoke dan merasa air tuak daripada rumah panjang ini. Majlis ini tamat kira-kira pukul 4 pagi.

Pada hari berikutnya, 08/05/2010, destinasi persinggahan ialah di Curtin University of Technology. Di awal ketibaan rombongan ekspedisi di Curtin University of Technology, kami telah di bawa ke bangunan pelajar untuk memulakan sesi pembentangan berkenaan Biodiesel di Dewan Kuliah di sana. Namun di saat-saat akhir Encik Freddy Panau, pensyarah yang bertanggungjawab membawa kami di sini telah membawa rombongan ekspedisi ke Bangunan pentadbiran kerana keadaan bilik sana lebih luas. Tugas pengurus pemasaran disini lebih mencabar pada awalnya kerana unit ini telah diberi peluang oleh ketua ekspedisi untuk membentangkan berkenaan TBBE 2010. Walaubagaimanapun, bilangan peserta dari Curtin University tidak menggalakkan. Oleh yang demikian, pembentangkan secara terperinci segala maklumat tentang ekspedisi ini dan berkaitan biodiesel hanya di lakukan kepada En.Freddy Panau dan rombongan ekspedisi sahaja. Untuk pengetahuan, pembentangan ini telah di adakan di Council Room Level 1 dan dibentangkan di depan Encik. Freddy Panau, Pensyarah statistik Curtin University of Technology. Selepas selesai sesi pembentangan, Encik Freddy Panau telah mempelawa rombongan untuk melawat di sekitar Curtin University of Technology.

Bersambung..........................


Tiada ulasan: