tolong epol kumpul duit~

31 Ogos 2010

Episode 3: Ekspedisi berakhir di Sabah

Sambungan daripada episode; Ekspedisi TBBE’10 memasuki Negeri Sarawak, Malaysia...

Tugasan terakhir untuk unit ini ialah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu pada 11/05/2010. Di UMS, unit ini telah ditugaskan untuk mempersembahkan sekali lagi Tarian Zapin Johor manakala mahasiswa UNTAN pula mempersembahkan Tarian Joget Melayu. Sebelum upacara pembukaan dan persembahan kebudayaan itu diadakan, rombongan ekspedisi yang telah menginap disini telah di bawa melawat di sekitar UMS. Disana kami telah di bawa ke Akuarium dan Muzium Marin (Institut Penyelidikan Marin Borneo) yang bersebelahan dengan pantai di UMS. Kemudian, pada pukul 10.00 pagi, majlis bermula dengan kata-kata amanat daripada Dr. Firdausi, di susuli oleh Dr. Mohd Azizi, pensyarah daripada UTM selaku wakil kepada penaja TBBE 2010 dan di akhiri oleh Cik Rachel. Rombongan ekspedisi pada kali ini sungguh beruntung kerana dapat mendengar pembentangan kertas kerja berkaitan dengan biodiesel oleh Prof. Dr. Ravindra, Pensyarah Sekolah Kejuruteraan UMS. Kemuncak bagi majlis di UMS ini ialah, persembahan daripada mahasiswa UTM dan UNTAN yang diberi peluang terakhir untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor dan Joget Melayu, di samping dendangan lagu-lagu daaerah yang terdapat di Indonesia untuk santapan warga UMS.


---------------------------Ekspedisi Tamat---------------------------

Tiada ulasan: