tolong epol kumpul duit~

28 Ogos 2009

Mereka...juniorku yg kusayangi!!!











Ku coretkan warkah nie utk keluarga SKG....

MMg mengeluh hatiku dan terasa seakan sayu2 di hati nie tatkala seperti kesepian apabila keseorangan di bilik bujang M43/204...namun segalanya seperti berubah pabila dgn kemunculan junior2 baru ku yg agak baru ku kenal di sem ini.... hidup ku kini dipenuhi dengan keindahan dan sedetik kegembiraan apabila mengenali mereka...
Walaupun mereka suka atau tidak kepada diriku ini, bagi diriku...aku akan tetap melayan mereka sama seperti aku melayan adik bongsuku. Bagi epol, mereka adalah adik2 ku dan sekiranya mereka memerlukan pertolongan ku, aku akn sedaya upaya menolong mereka sehingga akhir hayat ku yg mana insyaallah satu hari nanti kami semua akan bergelar sebagai Jurutera Kimia-Gas...Amin.

Apa yg epol harapkan supaya bukan saya FIZI, ROY,NAOMI,FIFI,ZuREEN,ZAIDI dan ARIF saja yg berjaya dalam kehidupan mereka bahkan kepada semua adik2 junior SKG supaya dapat meneruskan kehidupan di U ini yg dilihat seperti "telur di hujung tanduk".......Apa yg abg Epol a.k.a Agan harapkan supaya adik2 dapat menerima abg seadanya kerna ku menganggap kamu semua seperti keluargaku sendiri yg patut disayangi dan dimanja......

EpOL Azami berGabung Menjadi Agan Rang...


Aku dgn Mama Rang dan Mama Joana


Team Bario-Sarawak, UTM Skudai



Mama Rang



Kenangan ku dgn Mama Rang di Bario

Perkongsian Rahsia diriku dgn teman2 sekalian....
Disebalik pengabunggan nama ku, tersingkap satu cerita yg benar2 menjadikan diriku seorang insan yg benar2 ingin insaf dan di kasihi, di sayangi seta ingin di manjakan walaupun kita berlainan agama, darjat, keturunan dan budaya. Perkongsian cerita ini hanyalan kepada kenalan rapat ku sahaja....terutamanya kepada mereka2 yg benar2 mengenali diriku di sini...
Untuk pengetahuan saudara saudari pembaca sekalian, nama sebenarku ialah Mohd Saifulrullah Bin Mohd Azami. Namun sejak di Matrikulasi Melaka dan UTM, kenalan dan sahabat2 ku memanggilku dgn nama Epol aZAMI, hasil gabungan namaku dan nama bapaku...namun di tengah penerokaan kami team UTM-Bario di Bario, pedalaman Sarawak, aku mendapat seorg ibu keturunan kelabit yg mana merupakan Miss Bario iaitu Sina Rang Lemulu,BBS....
Menjadi kelaziman kepada suku kaum kelabit apabila seorang anak yg berjaya dlm hidup mereka akan ditukarkan kepada nama baru yang lebih memberi maksud yg bersesuaian kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di alam yg fana ini....Bagaimana ku mendpt nama...???? Selepas sekembalinya team Bario dr Bario, kami terpaksa berehat selama 2 hari sebelum menaiki flight pulang ke JB... ketika kami di Miri ini lah, ibu ku telah mendapt aku ke rumahnya di Miri untuk dikenalkan kepada anak2nya yg mana abg2 dan kakak2 ku ini semuanya terlibat secara langsung dlm bidang Oil Construction Company SDN.BHD..... di tengah perkenalan kami sekeluarga, abgku yg ketiga mencadangkan kepada ibuku supaya aku diberikan nama kelabit..... dan seperti bulan jatu ke riba, ku menerima pelawaan mereka untuk menukarkan nama lamaku kepada nama baru..... proses pertukaran namaku di buat di sebuah restoran seafoods di bandar raya miri pada jam 8.00mlm. semua abg dan kakak ku hadir kecuali seorg kakak ku yg berada di Belanda utuk proses ini...disinilah ku mendapat nama "AGAN RANG" yang membawa maksud PAHLAWAN yg PERKASA dgn hati budi yang luhur dan murni....hatiku masih menjadi tanda tanya, kenapa mereka menamakan ku sedemikian~~~~~????
Namun ku sangat bersyukur kepada Allah kerana sanggup mengikatkan ukhwah kami walaupun kami berlainan agama, bangsa dan budaya....Semoga ikatan ini akan berkekalan selama-lamanya...amin.
Mama Rang aku merindui mu sehingga akhir hayatku....












Iktibar....

Alhamdullilah......

Bulan ramadhan ini sememangnya bulan yg penuh dgn keberkatan dan warna-warninya......percayalah dgn apa yg iNgin EpOL sampaikan di sini kerna setelah hampir 4 bulan kami tidak bertemu, tidak bertentangan mata... dgn keizinan yg Maha Esa kami bertemu kembali....

Dimana bersatunya kami, ajk2 Debat Integriti Antara Universiti di Malaysia di satu majlis berbuka puasa yg di rancang oleh Datin KTHO, Yarn...kakak kesayangku.

Apa yg ingin EpOL simpulkan di sini ialah sekiranya Allah telah takdirkan kita untuk tidak berjumpa seseorang itu walaupun dalam satu kolej kediaman yg sama, kita tidak akan menjumpai mereka dan sekiranya ada keizinan daripada Allah sememangnya benda itu akan berada di depan mata kita......

Renung2kan, Timbang2kan wahai kawan2ku sekalian

11 Ogos 2009

Luahanku~

Hari ini seakan timbul persoalan dihati EpOL tatkala mendengar lecture daripada Pn.Hamidah(P) "lecturer" Hubungan Etnik mengenai semangat berpolitik orang melayu .... Hakikat sebenar yg timbul di hati yg fana ini ialah mengenai satu sikap orang Melayu yg begitu menarik minat EpOL utk coretkan dlm blog epOL iaitu mereka terkenal dengan sikap bertolak ansur yg mana lebih banyak memberi daripada mengambil.


Bukan untuk mengecilkan hati mana2 pihak tetapi bagi epOL, orang bukan Melayu harus berasa bimbang jika orang Melayu mulai merasai bahawa hak bangsanya tercabar. Ini terjadi pada 1969 yang mengakibat satu tragedi hitam kepada sejarah perpaduan negara.


Justeru orang bukan Melayu dan bukan Islam patut melihat pertemuan dan perbincangan antara orang Melayu ini dari sudut yang positif. Jika ada persefahaman di kalangan pemimpin Melayu untuk terus menjaga kepentingan agama dan bangsa, pasti ini lebih mententeramkan arus kerisauan yg melanda kita. Ini secara tidak lansung akan dapat menstabilkan keadaan politik kita.

Jika orang melayu tidak menerima prinsip JUS SOLI sebelum ini, pasti orang bukan melayu akan tersisih di bumi tanah melayu ini....................

Oleh itu, percayalah dgn kata2 Hang Tuah; "Takkan Melayu hilang di dunia"......

05 Ogos 2009

Disini...



Gambar ketika epol, daph dan Radhiah ketika menyertai Pop Kuiz Merdeka 2008











Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....


Hanya kata2 aluan biasa daripada epol agan rang azami sebelum saya memulakan langkah seterusnya di coretan yg lain....Apa yang saya ingin katakan di sini ialah marilah kita bersama2 memulakn pelayaran blog kearah satu matlamat bagi menonjolkan ciri2 sebenar masyarakat Malaysia yg berbilang kaum kerana saya percaya dengan wujudnya aset sedemikian, kita harus bersyukur dan menghargainya sebaik mungkin....Terima kasih kepada sahabat2 saya Nelson, Radi, Daphne, Mandy, L, Ashwene dan kepada semua yg mengenali saya...Tanpa hubungan satu malaysia yang erat ini, saya percaya bumi kita ini akan terus dimanipulasi oleh anasir2 luar yg hanya menunggu masa utk menjerat kita kembali....








Kawan2 epol di UTM











U're my BFF














my best frenz, Ashwene







EpOL AzaMi.......