tolong epol kumpul duit~

13 November 2009

Cinta Agung

Ku imbas kembali masa yang telah menarik ku kehadapan ke arah satu matlamat untuk membaca sebuah novel agung hasil nukilan saudara Nizam Zakaria...."Cinta TanPa Noktah"...

Tertarik benar hatiku dengan jalan cerita yg telah di olahkan dan digarap oleh En.Nizam....dan seakan2 diriku bermain dengan watak2 seperti ART, Jali, Zul dan lain2 watak.....Sememangnya indah.

Hampir 6 jam masa yg diperuntukkan oleh aku untuk membaca keseluruhan novel ini. Agak tebal novelnya tp disebabkan oleh keinginan untuk merungkai misteri perwatakan ART a.k.a Ariffin, ku tamatkan juga pembacaanya.

Pendekatan yg cuba di bawa oleh Nizam sangat mudah iaitu cinta yang tidak mengenal sempadan.... cinta di antara dua insan yang sama jantina dan juga berlainan jantina yang mana saling kasih mengasihi di antara satu sama lain...
Ketika aku membaca helaian kedua novel ini, diriku terbawak2 dengan watak ART yang mana ku rasakan ada sedikit persamaan dgn perwatakan nya.....Kesannya apa yang telah ARt lakukan bersama Jali, Abg Zul, Julia, Aida dan Wati telah ku mimpikan dan terasa seperti aku benar2 melakukannya...masyaallah...

Adakah novel yang sebegini hebat adalah hasil daripada luahan hati penulis atau adakah kisah nie benar2 berlaku????Agak misteri cinta agung ini...