tolong epol kumpul duit~

31 Ogos 2010

Episod 2- Lestari Bario dalam ingatanku (Semasa Program BHG: 1)

Sambungan daripada Episod 1- Lestari Bario dalam ingatanku (SEBELUM PROGRAM)

Perjalanan epol dan kwn2 yg lain bermula pada 15 Jun 2009 dgn penerbangan pada jam 12:30 tengahari dari Lpg Terbang Antarabangsa Senai ke Kuching. So kami berangkat la 2 jam awal dari UTM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi check-in bagasi, breakfast dan of course pose2 dulu before naik pesawat. Almost kwn2 epol yg join that program teruja giler sebab tu la pertama kali diorg menaiki pesawat dan ke Sarawak. Alhamdulillah segala bagasi dan sekatan Imigresan berjaya ktorg harungi. SoooOOooo I’m coming Sarawak….

Then dalam pukul 1.45 tghari, epol dan yg lain telah sampai di Lpg Trbng Kuching tetapi tu bukanla destinasi ktorg. Ktorg terpaksa transit dulu di Kuching sebelum menaiki pesawat lain sekali lagi untuk ke Miri, bandaraya yg kaya dgn sumber petroleum. Untuk pengetahuan semua, Bario hanya boleh dilalui melalui 2 cara iaitu menaiki MASWing, Twin-Otter dari Bandaraya Miri atau melalui jalan darat (jalan hasil pembalakan) yg mana juga melalui Miri. Ktorg terpaksa menunggu kebih kurang 2 jam di Kuching sebelum ke Miri disebabkan oleh kerosakan enjin pd pesawat tersebut. Namun penat lelah ktorg di Kuching terbayar dgn masakan2 enak oleh ibu bapa Radhiah, salah sorg peserta yg mengikuti program itu. Masakan bapanya, ya Allah sangat sedap hingga menjilat jari. Menunya nampak ringkas, “ayam masak tauhu, udang goreng berempah, sayur2 dan buah pisang” sahaja tp sungguh mahsyuk…..sedaaaaaaaaaapppp…!!!!

Then, lepas jer selesai makan dan solat di lpg trbng Kuching, kami pun meneruskan lagi perjlnan kitorg dgn menaniki penerbangan ke Miri. Perjalanan itu mengambil masa selama 1 jam. Sangat memenatkan tp menyeronokkan kerana dpt melihat berbagai gelagat di dalam pesawat itu. Makanan yg disediakan oleh pihak penerbangan juga sangat sedap. Mana taknya, even baru jer lepas makankan tp semua nak try western food yg disediakan oleh anak kapal ketika itu, ada spaghetti dan ada pulak ikan Solomon masam manis….sedapppp. TupTupTup…Alhamdulillah, sekali lagi kami semua selamat sampai dan kali ini bandaraya Miri pulak.

Di Miri kami telah dijemput oleh peserta kami (ajk logistik) yg berasal dari Miri dgn menaiki bas sekolah yg disewa khas untuk sepanjang program ini dijalankan. Uncle cina (sorry sebab tak berapa ingat nama dier) tu sangat2 peramah dan banyak mulut mcm epol gak so it is sangat memudahkan keje2 epol utk komunikasi dgn dier. Uncle telah membawa kami ke hotel utk check in (nakkk tidoooo sangat2 time tu….;p) before kami memulakan perjalanan ke Bario pd sebelah pagi esok menaiki Twin-Otter di Lpg Trbng Antarabangsa Miri. Penerbangan pagi tu dijadualkan pada pukul 8.00 pagi. So now waktu utk epol tidoooOoo before memulakan perjalanan esok pagi tp sebelum tu makan dulu yaaa di restoran berdekatan. Of course la kalau epol dtg jer Sarawak mesti nak order Mee Kolok dgn Laksa Sarawak….masyukkk sehhh.

Tiada ulasan: