tolong epol kumpul duit~
11 Disember 2010
Korea....Aku datang nie
12/12/2010 menjadi detik bermakna untuk epol kerna mendapat pluang untuk ke Korea Selatan buat kali pertama....Perasaan nie dah mcm bercampur baur, ada prasaan takut, happy giler, teruja dan ada la feeling2 sedey2 tinggalkan family seketika.....BTW peluang mcm nie saper yg tak nak kan so apapun epol nak ejoy luuuuuu.......hehehe.....
Nantikan kemunculan epol nanti ek.....hehehe....20/12/2010
06 Oktober 2010
sedeyyyy....air mata darah kluar
apa tu "void fraction 30%"???? disebabkanbenda alah 30% tu la epol jadi huru-hara tadi jawab test 2 chemical reaction.....sedeysampai kluar air mata darah sebab tak dpt nak perform very well di soklan no. 1....soklan 2 lak, mcm haram sebab tak tahu when t=0 was not given in the question......haaaaaaa......sedeyyyyyyy
07 September 2010
Ma
05 September 2010
tunjuk2 gak tapi...
Kueh kelapa muda
mcm nie la epol kat dapur umah....hahaha...
Jgn lupa esok pulak sebab esok epol akn buat kueh fav epol....nantikan
03 September 2010
terkezut epol...

haaa mcm nier la epol terkezut lepas dgr kakak epol ckp psl pregnant tuuu...
selamat gak sampai di umah...
happpy giler epol hari nie...akhirnya dpt gak balik kmpng dgn selamat. Epol juz nak cite jer pengalaman balik raye dgn menaiki bus utm. Sangat best and buat kali ke-2 epol balik beraya dgn bus utm nie. Tak byk yg berubah cuma pemandu jer yg lain ckit. Semalam, epol bertolak dr UTM pd pukul 6.00 ptg. Then, dalam pukul 7.15 gitu, epol n yg lain sampai di tmpt makan Machap utk solat jamak dan berbuka puase. Happy giler sebab semua org ckp kelantan... kdng2 tu, lawak pulak epol rase bila di suatu tempat yg jauh dari kelantan, semua org ckp kelantan...utk pengetahuan semua lebih kurang 9 buah bus bertolak ke kelantan dan 6 buah lg ke terengganu. Lepas tu, ktorg bertolak lg pd pukul 8.00 mlm. Perjlnan kali nie nampak different ckit sebab epol tak sedar apa2 pon sebab sepanjang perjlnan tu mata epol juz pejam celik, pejam celik jer (zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....). Nasib baik la dalam pukul 2.00 pagi tu kwn baru kat sebelah epol, Anuar kejutkan epol utk bersahur di Alai kottt...tak ingat sangat sebab epol masih mamai lagi...hehhee...Terus lepas jer sahur sampai jam 3.00 pagi tu, ktorg teruskan lagi perjalanan sampai la pukul 5.00 pagi mcm tu, epol sampai di Pasir Puteh. Turun2 jer bus epol dah nampak bos lelaki dan bos pompuan (ayah n mak epol) dah tunggu epol kat sane. Apa lagi epol pon lari cpt2 kat diorg n peluk erat2....ye laaa, rindu sangat2 kat diorg. Lepas tu, terusla diorg bawak epol kat restoran berdekatan utk sahur sama2. Akhirnya lepas jer sahur, dalam pukul 6.30 pagi 3hb/september/2010...epol pon sampai kat umah dgn selamat. Pagi nanti, adik epol yg bljr di Uitm Arau pulak akan balik...bertambah2 la happy rumah kami.....selamat semua...muah.
02 September 2010
pukul 6 nanti balik kmpung
01 September 2010
Esok balik kampung…
Fuuulamaakk pejam celik pejam celik dah nak raye dah so apa lagi, bende pertama yg terlilau2 dalam otak epol skrng nie nak balik kampong di Kelantan. Esok (2hb Sept 2010) epol akn pulang ke kmpng dgn menaiki bas UTM…nape epol pilih bas utm??? Haaa 10sebab sebab kenapa epol nie suker giler balik dgn bas UTM bila nak raya, antaranya:
1. Selamat sangat2
2. Lama sangat2…14 jam k
3. Epol sangat2 percaya dgn uncle2 yg drive tu
4. Dapat pulang dgn member2 satu negeri beramai2
5. Murah sangat2…Cuma RM90.00 pergi balik kalau biasa2 RM 150 pegi balik…
6. Bole main2 dalam2 bas tanpa segan silu
7. Boleh buat bising2
8. Bole makan mknan budak pompuan
9. Boleh karaoke
10. Yg penting bersama la dgn yg lain
Haaa tu yg best kalu kita naik bas UTM…seronok sampai tak terkata.
So dikesempatan ini epol nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari hujung rambut sampai ke hujung kuku yg belom potong tu kepada semua blogger UTM dan Kelantan, followers and readers blog “rohaipol.blogspot.com”. Epol dgn ini akan bercuti selama 2 minggu tanpa sebarang update di blog epol tp epol hope korang bolela drop ideas or comments pd blog epol ek….ooopppsss jgn lupa kalau ada iklan dr nuffnang tu…tolong2 la tekan ek sebab epol nak xtra duit buat raya….hehehe…sorry gurau2 jer tp apapun, epol dan family epol berharap korang semua sambut la salam aidilfitri tahun nie dgn penuh kemeriahan dan lupakan segala sengketa lama ek di samping keluarga tercinta.
31 Ogos 2010
Episode 3: Ekspedisi berakhir di Sabah
Tugasan terakhir untuk unit ini ialah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu pada 11/05/2010. Di UMS, unit ini telah ditugaskan untuk mempersembahkan sekali lagi Tarian Zapin Johor manakala mahasiswa UNTAN pula mempersembahkan Tarian Joget Melayu. Sebelum upacara pembukaan dan persembahan kebudayaan itu diadakan, rombongan ekspedisi yang telah menginap disini telah di bawa melawat di sekitar UMS. Disana kami telah di bawa ke Akuarium dan Muzium Marin (Institut Penyelidikan Marin Borneo) yang bersebelahan dengan pantai di UMS. Kemudian, pada pukul 10.00 pagi, majlis bermula dengan kata-kata amanat daripada Dr. Firdausi, di susuli oleh Dr. Mohd Azizi, pensyarah daripada UTM selaku wakil kepada penaja TBBE 2010 dan di akhiri oleh Cik Rachel. Rombongan ekspedisi pada kali ini sungguh beruntung kerana dapat mendengar pembentangan kertas kerja berkaitan dengan biodiesel oleh Prof. Dr. Ravindra, Pensyarah Sekolah Kejuruteraan UMS. Kemuncak bagi majlis di UMS ini ialah, persembahan daripada mahasiswa UTM dan UNTAN yang diberi peluang terakhir untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor dan Joget Melayu, di samping dendangan lagu-lagu daaerah yang terdapat di Indonesia untuk santapan warga UMS.
---------------------------Ekspedisi Tamat---------------------------
Episod 2- Lestari Bario dalam ingatanku (Semasa Program BHG: 1)
Sambungan daripada Episod 1- Lestari Bario dalam ingatanku (SEBELUM PROGRAM)
Perjalanan epol dan kwn2 yg lain bermula pada 15 Jun 2009 dgn penerbangan pada jam 12:30 tengahari dari Lpg Terbang Antarabangsa Senai ke Kuching. So kami berangkat la 2 jam awal dari UTM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi check-in bagasi, breakfast dan of course pose2 dulu before naik pesawat. Almost kwn2 epol yg join that program teruja giler sebab tu la pertama kali diorg menaiki pesawat dan ke Sarawak. Alhamdulillah segala bagasi dan sekatan Imigresan berjaya ktorg harungi. SoooOOooo I’m coming Sarawak….
Then dalam pukul 1.45 tghari, epol dan yg lain telah sampai di Lpg Trbng Kuching tetapi tu bukanla destinasi ktorg. Ktorg terpaksa transit dulu di Kuching sebelum menaiki pesawat lain sekali lagi untuk ke Miri, bandaraya yg kaya dgn sumber petroleum. Untuk pengetahuan semua, Bario hanya boleh dilalui melalui 2 cara iaitu menaiki MASWing, Twin-Otter dari Bandaraya Miri atau melalui jalan darat (jalan hasil pembalakan) yg mana juga melalui Miri. Ktorg terpaksa menunggu kebih kurang 2 jam di Kuching sebelum ke Miri disebabkan oleh kerosakan enjin pd pesawat tersebut. Namun penat lelah ktorg di Kuching terbayar dgn masakan2 enak oleh ibu bapa Radhiah, salah sorg peserta yg mengikuti program itu. Masakan bapanya, ya Allah sangat sedap hingga menjilat jari. Menunya nampak ringkas, “ayam masak tauhu, udang goreng berempah, sayur2 dan buah pisang” sahaja tp sungguh mahsyuk…..sedaaaaaaaaaapppp…!!!!
Then, lepas jer selesai makan dan solat di lpg trbng Kuching, kami pun meneruskan lagi perjlnan kitorg dgn menaniki penerbangan ke Miri. Perjalanan itu mengambil masa selama 1 jam. Sangat memenatkan tp menyeronokkan kerana dpt melihat berbagai gelagat di dalam pesawat itu. Makanan yg disediakan oleh pihak penerbangan juga sangat sedap. Mana taknya, even baru jer lepas makankan tp semua nak try western food yg disediakan oleh anak kapal ketika itu, ada spaghetti dan ada pulak ikan Solomon masam manis….sedapppp. TupTupTup…Alhamdulillah, sekali lagi kami semua selamat sampai dan kali ini bandaraya Miri pulak.
Di Miri kami telah dijemput oleh peserta kami (ajk logistik) yg berasal dari Miri dgn menaiki bas sekolah yg disewa khas untuk sepanjang program ini dijalankan. Uncle cina (sorry sebab tak berapa ingat nama dier) tu sangat2 peramah dan banyak mulut mcm epol gak so it is sangat memudahkan keje2 epol utk komunikasi dgn dier. Uncle telah membawa kami ke hotel utk check in (nakkk tidoooo sangat2 time tu….;p) before kami memulakan perjalanan ke Bario pd sebelah pagi esok menaiki Twin-Otter di Lpg Trbng Antarabangsa Miri. Penerbangan pagi tu dijadualkan pada pukul 8.00 pagi. So now waktu utk epol tidoooOoo before memulakan perjalanan esok pagi tp sebelum tu makan dulu yaaa di restoran berdekatan. Of course la kalau epol dtg jer Sarawak mesti nak order Mee Kolok dgn Laksa Sarawak….masyukkk sehhh.
Geram tapi happy…

Owh geram sangat2 hari nie kat sorg budak nie…last week janji lain tp this week janji lain pulak. Alkisah la last week ktorg plan nak bukak pose sesame di Steamboat & Grilled di Mount Austin. So die ckp kita akan pegi berlima jer (sebuah kete n semua lelaki) pd 30hb/08 nie…tup2 hari yg ditunggu tu menjelang la. Dengan perasaan tak bersalah dan segan silu dier call epol lebih kurang pukul 6 ptg mcm tu n cakap “epol, ktorg naik sebuah kete 5 org laki2 n epol naik dgn pompuan ek”….motif sangat2 nak reject2 epol kannn…..dier ingat epol nie pompuan la sebab epol nie jenis banyak mulut kannn….motif!!! epol apa lagi naik angin la dgn budak tu n terus call sorg kwn baik nie (Datin) n pegi jer dgn datin kat sana. Motif kannn…nasib baik la epol nie jenis cepat okey kan so sampai jer kat tempat sana dier mintak maaf la dgn epol. But b4 epol maafkan die, sempat la epol kluarkan kata2 hikmat epol….sori ek xbole nak share2 sebab lucah sangat….hehehe. Then epol pon maafkan la dier tp epol warn la kat die supaya lain kali jgn buat lagi especially pd org lain. Pada epol ko nak buat mcm tu okey fine masih boleh tp kat org lain ko jgn nak buat pulak ek.
Tu yg geram2 and now yg happy lak. Disebalik rase geram yg sangat2, ada juga rasa happy but of course la dgn datin.

30 Ogos 2010
Merdekaaaa....

Tolong Facebook...

Since facebook cannot longer support the profile boxes, so epol take this chance to copy jer that info so that epol dapat ingat bende2 menarik itu… so let’s dooooOOooo it.
1. Maksud disebalik nama;
epol azami
"Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat sekali dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu."
E : ..memiliki mata yang cantik
P : ..popular dengan semua jenis orang
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
L : ..pemberi ciuman yang bagus
2. Epol nie jenis yg macAm mane
Seorang Sanguinis yang spontan, lincah, dan periang
...tu jer yg ada kat tepi facebook epol, so cuma tu jer la yg epol copy...hehehehe
Nak buat surprise tapi….












inila kami semua....i love u all dan epol akan terus menyayangi anda semua sampai bila2
Episode 2: Ekspedisi TBBE’10 memasuki Negeri Sarawak, Malaysia
Sambungan daripada episode; Pengalaman sebagai Pengurus Pemasaran TBBE’10 di Pontianak, Indonesia....
Di samping bersuka ria dan berpenat lelah dalam menjayakan ekspedisi ini, warga ekspedisi juga sempat menjengah ke Sibu bagi memyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban sebuah keluarga yang kini hanya tinggal sepasang suami isteri setelah kematian 4 orang anak mereka. Bak kata pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya”. Justeru warga TBBE 2010 mengambil kesempatan ini bagi menjayakan satu majlis penyerahan sumbangan yang dinamakan “Setulus Kasih Buatmu Sibu” (SEKABUS). Dalam majlis ini, unit ini telah memainkan peranan dalam mengemudi majlis serba sederhana ini bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk melupakan kemalangan tragis yang melanda mereka. Untuk pengetahuan, “SEKABUS” adalah program khidmat masyarakat yang mana membantu meringankan beban Keluarga Encik Wong Yew Chung yang mana “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Beliau yang kini masih terkejut dengan peristiwa itu telah kehilangan kesemua 4 orang anaknya akibat pasir jerlus ketika mencari sesuap makanan. Sehubungan itu, majlis ini telah di adakan di Bangunan Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA), Sibu pada 07/05/2010 bagi menyerahkan sumbangan daripada pihak UTM dan pihak UCA kepada wakil keluarga mangsa, Encik Wong Yew Chung. Majlis yang diadakan dalam keadaan sederhana ini telah di rasmikan oleh Encik Ahmad Said bin Hj. Atoi, Timbalan Residen Sibu sambil didengari oleh Encik Sim Kok Kee, Residen Sibu, pengawai-pengawai UCA, dan peserta-peserta dari UTM dan UNTAN. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan supaya program-program seperti ini yang mana program yang dilakukan oleh mahasiswa universiti dapat diperbanyakkan dan menyarankan mahasiswa semua supaya berani kerana dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Majlis ini turut mendapat suntikan Residen Sibu yang sudi meluangkan masa bersama dalam memeriahkan majlis ini.
Ekspedisi ini telah diteruskan lagi dan kali ini rombangan telah bergerak ke Lambir untuk menginap di Rumah Panjang Jarek , Kampung Tunku Abdul Rahman. Ketika dalam perjalanan ke rumah panjang Jarek, unit ini telah mendapat arahan daripada ketua ekspedisi untuk mempersembahkan Tarian Zapin Johor. Oleh itu, unit ini telah mengambil langkah awal dengan mencadangkan supaya menggunakan satu pasangan penari sahaja supaya keadaan nampak kemas dan teratur. Setelah sampai di rumah panjang itu, kami telah sambut oleh Tuai Rumah Panjang dengan “Air Tuak” tanda selamat datang ke rumah berkenaan, namun bukan semua warga ekspedisi dapat meminumnya. Kemudian kami di bawa berarak di sepanjang rumah panjang itu untuk bersalaman tanda perkenalan dengan seluruh penghuni rumah panjang. Selesai saja upacara itu, Tuai Rumah Panjang Jarek telah menjemput wakil ekspedisi untuk memulakan ritual khas bagi menyambut tetamu yang hadir. Setelah selesai ritual itu, semua hadirin dan warga ekspedisi diminta untuk makan makanan tradisional Iban yang disediakan khusus oleh kaum“Inai” atau kaum ibu. Ketika sedang bersiap, unit ini mendapat arahan daripada ketua ekspedisi supaya membawakan tarian zapin Johor ini dengan tiga pasangan. Keadaan menjadi kelam kabut seketika sebelum unit ini mengambil kata putus dengan mengikut arahan daripada ketua ekspedisi. Disamping persembahan daripada mahasiswa UTM , ketua ekspedisi juga mahu mahasiswa UNTAN mempersembahkan tarian Joget Melayu supaya dapat mengimbangi persembahan yang disediakan oleh pihak rumah panjang Jarek. Sebelum persembahan daripada pihak UNTAN dan UTM, warga ekspedisi di hiburkan terlebih dahulu dengan warna-warni tarian suku kaum Iban yang sememangnya mengasyikkan dan penuh dengan lemah gemalainya. Kemudian persembahan daripada UNTAN menyusul dan disusuli oleh mahasiswa UTM. Selepas semua acara kebudayaan selesai, majlis di Rumah panjang Jarek ini diteruskan lagi dengan persembahan “Ngajat”. Selain “Ngajat”, penghuni di rumah panjang berkenaan tidak mahu melepaskan peluang dengan menari poco-poco dan ada juga berkaraoke. Unit ini tidak melepaskan peluang dengan menurut serta setiap aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah panjang itu, antaranya menari ngajat, menari poco-poco, berkaraoke dan merasa air tuak daripada rumah panjang ini. Majlis ini tamat kira-kira pukul 4 pagi.
Pada hari berikutnya, 08/05/2010, destinasi persinggahan ialah di Curtin University of Technology. Di awal ketibaan rombongan ekspedisi di Curtin University of Technology, kami telah di bawa ke bangunan pelajar untuk memulakan sesi pembentangan berkenaan Biodiesel di Dewan Kuliah di sana. Namun di saat-saat akhir Encik Freddy Panau, pensyarah yang bertanggungjawab membawa kami di sini telah membawa rombongan ekspedisi ke Bangunan pentadbiran kerana keadaan bilik sana lebih luas. Tugas pengurus pemasaran disini lebih mencabar pada awalnya kerana unit ini telah diberi peluang oleh ketua ekspedisi untuk membentangkan berkenaan TBBE 2010. Walaubagaimanapun, bilangan peserta dari Curtin University tidak menggalakkan. Oleh yang demikian, pembentangkan secara terperinci segala maklumat tentang ekspedisi ini dan berkaitan biodiesel hanya di lakukan kepada En.Freddy Panau dan rombongan ekspedisi sahaja. Untuk pengetahuan, pembentangan ini telah di adakan di Council Room Level 1 dan dibentangkan di depan Encik. Freddy Panau, Pensyarah statistik Curtin University of Technology. Selepas selesai sesi pembentangan, Encik Freddy Panau telah mempelawa rombongan untuk melawat di sekitar Curtin University of Technology.
Bersambung..........................