tolong epol kumpul duit~

11 Ogos 2009

Luahanku~

Hari ini seakan timbul persoalan dihati EpOL tatkala mendengar lecture daripada Pn.Hamidah(P) "lecturer" Hubungan Etnik mengenai semangat berpolitik orang melayu .... Hakikat sebenar yg timbul di hati yg fana ini ialah mengenai satu sikap orang Melayu yg begitu menarik minat EpOL utk coretkan dlm blog epOL iaitu mereka terkenal dengan sikap bertolak ansur yg mana lebih banyak memberi daripada mengambil.


Bukan untuk mengecilkan hati mana2 pihak tetapi bagi epOL, orang bukan Melayu harus berasa bimbang jika orang Melayu mulai merasai bahawa hak bangsanya tercabar. Ini terjadi pada 1969 yang mengakibat satu tragedi hitam kepada sejarah perpaduan negara.


Justeru orang bukan Melayu dan bukan Islam patut melihat pertemuan dan perbincangan antara orang Melayu ini dari sudut yang positif. Jika ada persefahaman di kalangan pemimpin Melayu untuk terus menjaga kepentingan agama dan bangsa, pasti ini lebih mententeramkan arus kerisauan yg melanda kita. Ini secara tidak lansung akan dapat menstabilkan keadaan politik kita.

Jika orang melayu tidak menerima prinsip JUS SOLI sebelum ini, pasti orang bukan melayu akan tersisih di bumi tanah melayu ini....................

Oleh itu, percayalah dgn kata2 Hang Tuah; "Takkan Melayu hilang di dunia"......

Tiada ulasan: