tolong epol kumpul duit~

28 Ogos 2009

EpOL Azami berGabung Menjadi Agan Rang...


Aku dgn Mama Rang dan Mama Joana


Team Bario-Sarawak, UTM Skudai



Mama Rang



Kenangan ku dgn Mama Rang di Bario

Perkongsian Rahsia diriku dgn teman2 sekalian....
Disebalik pengabunggan nama ku, tersingkap satu cerita yg benar2 menjadikan diriku seorang insan yg benar2 ingin insaf dan di kasihi, di sayangi seta ingin di manjakan walaupun kita berlainan agama, darjat, keturunan dan budaya. Perkongsian cerita ini hanyalan kepada kenalan rapat ku sahaja....terutamanya kepada mereka2 yg benar2 mengenali diriku di sini...
Untuk pengetahuan saudara saudari pembaca sekalian, nama sebenarku ialah Mohd Saifulrullah Bin Mohd Azami. Namun sejak di Matrikulasi Melaka dan UTM, kenalan dan sahabat2 ku memanggilku dgn nama Epol aZAMI, hasil gabungan namaku dan nama bapaku...namun di tengah penerokaan kami team UTM-Bario di Bario, pedalaman Sarawak, aku mendapat seorg ibu keturunan kelabit yg mana merupakan Miss Bario iaitu Sina Rang Lemulu,BBS....
Menjadi kelaziman kepada suku kaum kelabit apabila seorang anak yg berjaya dlm hidup mereka akan ditukarkan kepada nama baru yang lebih memberi maksud yg bersesuaian kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di alam yg fana ini....Bagaimana ku mendpt nama...???? Selepas sekembalinya team Bario dr Bario, kami terpaksa berehat selama 2 hari sebelum menaiki flight pulang ke JB... ketika kami di Miri ini lah, ibu ku telah mendapt aku ke rumahnya di Miri untuk dikenalkan kepada anak2nya yg mana abg2 dan kakak2 ku ini semuanya terlibat secara langsung dlm bidang Oil Construction Company SDN.BHD..... di tengah perkenalan kami sekeluarga, abgku yg ketiga mencadangkan kepada ibuku supaya aku diberikan nama kelabit..... dan seperti bulan jatu ke riba, ku menerima pelawaan mereka untuk menukarkan nama lamaku kepada nama baru..... proses pertukaran namaku di buat di sebuah restoran seafoods di bandar raya miri pada jam 8.00mlm. semua abg dan kakak ku hadir kecuali seorg kakak ku yg berada di Belanda utuk proses ini...disinilah ku mendapat nama "AGAN RANG" yang membawa maksud PAHLAWAN yg PERKASA dgn hati budi yang luhur dan murni....hatiku masih menjadi tanda tanya, kenapa mereka menamakan ku sedemikian~~~~~????
Namun ku sangat bersyukur kepada Allah kerana sanggup mengikatkan ukhwah kami walaupun kami berlainan agama, bangsa dan budaya....Semoga ikatan ini akan berkekalan selama-lamanya...amin.
Mama Rang aku merindui mu sehingga akhir hayatku....












Tiada ulasan: